Thursday, August 18, 2011

i glad i'm sgle now...

utk mghilgkn segala keserabutan.. aku terpksa lpaskn dia utk diri aku sndri... aku msih goyah ngan tggungjwb aku skunk as Muslim, anak kpd mka tunggal, student n kadet... aku memerlukan masa utk make sure semo ni under cntrol... sbb 2 aku nk bebas.. xnk terikat ngan apa2 lg... n aku tekad klu aku btol2 nk cinta btter aku wt cara rasmi.. merisik tunang minang kawen.. settle... aku pown memerlukan msa utk reciver dri aku... keadaan fizikal aku bleh dikatakan 60% fit... ni semo akibat injury lutut aku... aku pown cuba melupakan kisah silam aku yg terlalu pahit dan ada manisnya... lpas ni aku hnya nk cri MAKMUM utk aku mnjadi IMAM... hrap2 ALLAH tnjuk jln kat aku... i must getting stronger 2 survive in this fucking shit world...

Monday, August 8, 2011

nasib2...

ari ni ntah la napa aku rsa dri aku ni disisihkn.. adakah sbb aku injured? ni ari ni gak semo org touching ngan aku n aku pown tertouching ngan org... ntah la.. hdup trasa kosong... n aku tgh srabut ngan keadaan lutut aku skunk... yah mmg tgk mcm x sakit... tp rsa 2 mmg menyakitkan... aku xtaw ada apa kat dunia ni.. mnusia ibarat pelakon... melakonkan watak2 yg palsu n dusta blaka... buat baik sbb nk amek kesempatan... ada sorg ni siap kata aku ni bkn TUHAN yg tawu kbhagiaan org... wlaupun dh xde pape aku still stalk dia.. ternyata dia hppy... 2 bgus buatnya... tp yg menyakitkn aty ayt td 2 la.. aku bkn TUHAN... sakit bai aty ni... aku hdup ikut flow ja skunk... mcm air mengalir dri sungai muara dan ke laut...

Tuesday, August 2, 2011

sblum Ramadhan..

salam...
fuhh.. pjam celik pjam celik dh msuk bln posa...
thun ni msuk 3 kli Ramadhan aku tnpa abah...
seblum msuk Ramadhan ni aku dpat weekend.. tyme 2 aku konpius nk p mna.. lpak KL ka blek Kedah...
kbtulan rmai kwn2 aku blek Kedah... so aku tergerak aty nk blek Kedah sdgkn mak aku larang.. dia ckap wt pnat ja blek sat2... perabeh det tket... ntah napa aku ttap nk blek.. malang mlm 2 aku dpat tket p SP.. aloq staq abeh.. xpa p SP nek bas lompat2 p AS... smpay ja shahab aku amek teksi blek umah.. umah aku xda org.. duk sat tgk2 mak aku n abg aku no 2 blek... aku heran mak aku jln terhinyut2... PERRGGHH!!! mak aku kna gaut bai.. aku rsa nk qheyau tyme 2... than ja... ptut la mak aku x bg blek.. rupa2 bersebab.. duk 2 ari kna blek KL... brat aty nk tgl mak aku lam keadaan cmtu... tp aku dh cop 10 jari dh.. maw xmaw kna la blek.. aku ada mak sorg ja la ni.. aku xda sapa dh selain mak aku kat dunia nih... hrap mak umo pnjg... adik x sedia lg nk kehilgan mak... Tolong Ya Allah...

Thursday, July 14, 2011

KNOWLEDGE KECEDERAAN LUTUT

1#

Cedera bahagian lutut
Dr. Azmi berkata, yang paling biasanya berlaku adalah koyak ligamen cruciate. Ia boleh berlaku apabila pemain jatuh dengan kaki terlipat.
“Biasanya ia bukan disebabkan perlanggaran tetapi pemain terjatuh sendiri seperti terpelecok,” kata Dr. Azmi.
Jelas beliau lagi bunyi seperti ‘prak’ boleh didengari dengan jelas daripada pemain yang mengalami keadaan ini. Kesan daripada itu, menyebabkan lutut pemain membengkak serta merta dan dia tidak boleh meneruskan perlawanan.
Katanya, pesakit juga mengalami masalah menuruni anak tangga atau bukit dan tidak boleh jalan laju kerana rasa seperti lutut ‘tertinggal.’
“Keadaan ini berlaku kerana satu kaki yang mengalami kecederaan tidak berkuasa menongkat atau menampung badan. Namun, ia tetap boleh digerakkan dan melakukan gerakan lain seperti menendang.
Menurut beliau, kecederaan lutut perlu menjalani rawatan mekanikal yang memerlukan pembedahan arthroskopi ligamen reconstruction bagi menggantikan urat untuk menstabilkannya.
Urat daripada bahagian lutut pesakit yang masih baik digunakan atau pun menggunakan urat daripada perkhidmatan derma organ.
“Pesakit mengambil masa selama enam hingga 12 bulan untuk sembuh. Selepas sembuh, mereka mungkin mengalami masalah sampingan seperti tidak berani melompat, atau melangkah longkang yang agak besar secara automatik,” jelasnya.
Selain itu kata Dr. Azmi, kecederaan lain di bahagian lutut adalah maniskus di mana ia berlaku antara dua tulang.
“Bila ligamen terkoyak, ia menyebabkan lutut melekat dan tidak boleh digerakkan serta berasa sakit,” katanya.
Kecederaan jenis ini memerlukan pemeriksaan klinikal dan pengimejan resonan magnetik (MRI). Ia boleh dirawat juga dengan kaedah perbaiki dan perkemas bahagian yang berkenaan.

2#

KECEDERAAN lutut boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama di kalangan individu yang aktif dan sering terbabit dalam kegiatan lasak, termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua.

Lutut bengkak akibat terjatuh ketika bermain adalah contoh kecederaan lutut paling lazim pada kanak-kanak. Walaupun ia fenomena biasa, ia tidak wajar dipandang ringan kerana tanpa rawatan, kecederaan otot boleh mengganggu pergerakan dan aktiviti harian.

Wanita aktif yang terbabit dalam sukan lasak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kecederaan lutut berbanding lelaki.

Ini kerana mereka mempunyai saiz otot dan ligamen yang lebih kecil serta corak pergerakan berbeza.

Menurut Pakar perunding pembedahan Orthopedik, Dr Hyzan Mohd Yusof, wanita yang terbabit dalam aktiviti atau sukan lasak mempunyai risiko sembilan kali lebih tinggi untuk mengalami kecederaan lutut.

Mereka lebih mudah mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat di lutut ketika haid. Ini kerana hormon estrogen akan melemahkan ligamen berkenaan, yang menyebabkan ia mudah cedera.

Bagaimanapun, katanya, ini bukan alasan untuk tidak bersenam kerana ia penting bagi memastikan keanjalan otot dan sendi, tetapi wanita harus lebih berhati-hati ketika bersenam atau bersukan.

Antara kecederaan otot yang kerap berlaku kepada wanita dewasa yang aktif dalam kegiatan memanjat atau berlari ialah Chondromalacia, iaitu kecederaan kartilaj pada tulang patella atau kepala lutut.

Ia juga disebabkan kesakitan pada lutut ketika memanjat atau menaiki tangga. Manakala Supra patella bursitis adalah bengkak pada atas atau bawah kepala lutut yang biasanya dialami wanita jika mencuci lantai dalam keadaan melutut.

Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) atau ligament krusiat hadapan pada lutut boleh dialami kepada lelaki atau wanita, terutama yang bermain bola keranjang, bola sepak, ragbi atau futsal.

Kecederaan boleh berlaku jika pemain menukar kedudukan (posisi) badan secara tiba-tiba ketika berlari atau berlanggar ketika berlari.

Pesakit akan merasa sakit lutut lutut sakit. Lutut juga turut bengkak kerana berlaku pendarahan di dalam lutut dan biasanya pemain tidak dapat meneruskan permainan.

Jika lebih 25 peratus ligamen tercedera, seseorang itu akan berasa sakit dan kedudukan lututnya tidak stabil kerana ligamen yang menjadi pemegang antara dua tulang terkoyak.

Namun bagi pemain profesional, kecederaan ligamen walaupun sedikit, perlu dirawat dengan rapi kerana mereka memerlukan lutut yang stabil untuk meneruskan kerjaya.

Kecederaan ligamen krusiat posterior biasanya dialami penunggang motosikal dan biasanya ia tidak memerlukan pembedahan. Mereka hanya perlu menjalani latihan fisioterapi untuk mengatasi masalah ini.

Orang tua juga boleh mengalami kesakitan lutut. Biasanya orang tua berdepan masalah osteoartritis yang menyebabkan rasa sakit lutut dan kejang.

Dr Hyzan berkata, di kalangan orang tua ia berpunca daripada lapisan kartilaj (pelindung pada permukaan tulang yang berfungsi sebagai pelincir yang mengurangkan geseran tulang) yang rosak akibat kegiatan lasak dan menyebabkan geseran setiap kali bergerak.

Dalam keadaan ini, secara semula jadi badan menambah pelincir untuk memudahkan pergerakan lutut.

Kadangkala pelincir ini dihasilkan secara berlebihan dan menyebabkan ia berkumpul pada belakang lutut. Hasilnya ialah bengkak dan rasa sakit di belakang lutut yang dipanggil ‘Baker's cyst’.

Sakit lutut akibat osteoarthritis bertambah apabila pesakit bergerak. Pada kebiasaannya, orang tidak mahu menggerakkan bahagian sendi yang sakit. Masalahnya, jika tidak digerakkan, kapsul lutut akan menjadi ketat dan keras, yang boleh menyebabkan rasa lebih sakit apabila pesakit mahu berjalan. Masalah ini lebih ketara bagi mereka yang gemuk.

“Walaupun terasa sakit, pesakit mesti bersenam, sekurang-kurangnya berjalan perlahan-lahan. Senaman boleh menguatkan lutut dan mengelakkan kapsul daripada menjadi keras. Kesakitan boleh dikurangkan dengan mengambil ubat.

“Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah mengurangkan berat badan dan memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti. Dengan cara ini, risiko untuk menjalani rawatan pembedahan dapat dikurangkan,” katanya.

Senaman yang dipilih perlu bersesuaian dengan keadaan kesihatan seseorang pesakit. Mereka perlu memilih kasut bertapak tebal yang boleh mencengkam dengan baik. Antara senaman lain yang boleh dilakukan termasuk mengayuh basikal (bergerak atau static), taichi atau bermain golf. Aktiviti air seperti berenang adalah senaman paling baik kerana ia berisiko rendah dan tidak memberikan tekanan kepada kaki. Jika perlu, pesakit boleh menggunakan tongkat supaya berat badan boleh diagihkan kepada tongkat.

“Walaupun sudah berumur lanjut dan mengalami sakit lutut, kita masih perlu dan boleh bersenam, tetapi pilih senaman yang sesuai dengan umur serta keupayaan masing–masing.

“Sebagai langkah pencegahan di kalangan wanita, elak memakai kasut bertumit tinggi melebihi dua inci (lima sentimeter),” katanya.

JENIS KECEDERAAN LUTUT

# Bengkak pada kepala lutut (kanak-kanak dan remaja)
# Chrondromalacia (kepala lutut teralih ke tepi pada wanita)
# Bengkak pada bahagian atas atau bawah lutut (wanita)
# Ligamen krusiat hadapan (ligamen koyak pada wanita dan lelaki)
# Ligamen krusiat belakang (biasanya berlaku pada penunggang motosikal)
# Osteoarthritis (berlaku pada orang tua)

Rawatan

# Pengambilan ubat
# Latihan fisioterapi
# Pembedahan

Amalan senaman bagi orang tua

# Pilih senaman ringan (berjalan, berbasikal, bermain golf atau berenang)
# Pakai kasut bertapak tebal dan kuat cengkaman
# Buat gerakan, walaupun sakit lutut

Punca kecederaan lutut (ACL)

# Menukar posisi badan secara mengejut ketika bersukan
# Terpijak lopak
# Jatuh dalam kedudukan berbahaya
# Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju dan menukar arah secara tiba-tiba)
# Memusingkan badan ketika kaki terpasak pada tanah, lutut terpusing (ketika menendang bola)
# Dijatuhkan secara kasar
Health: Articles written for health.

3#

Antara gejala yang terjadi akibat daripada kecederaan di lutut termasuk rasa kurang selesa ketika melakukan pergerakan tertentu, seperti ketika memusingkan badan sambil berjalan, mencangkung, bersila dan sebagainya. Rasa tak selesa ini kadang-kadang lebih menyerupai rasa sakit yang amat sangat (lain orang, lain impaknya). Hal ini kemungkinan besar diakibatkan oleh rawan meniscus yang koyak samada dibelah kiri ataupun belah kanan lutut tersebut (setiap lutut mempunyai 2 meniscus). Pergerakan yang saya sebutkan itu, terutama sekali apabila dilakukan secara spontan atau mengejut, akan menyebabkan kawasan meniscus yang koyak itu terhimpit dan ini akan menyebabkan rasa sakit itu. Kadang-kadang, kawasan yang koyak itu agak besar dan 'terapung' didalam lutut. Akibatnya, ia kadangkala terperangkap diantara tulang-tulang lutut dan ini akan mengakibatkan seseorang itu tak dapat luruskan kakinya.

Satu lagi gejala kecederaan sukan di lutut adalah rasa ketidakstabilan. Lutut itu terasa longgar dan jika teruk, kelonggaran itu dapat dilihat. Ini adalah diakibatkan oleh kecederaan pada ligamen yang ada pada lutut. Setiap lutut mempunyai 4 ligamen berasingan yang sama-sama menyumbang kepada kestabilannya: 2 didalam dan 2 diluar lutut. Kecederaan pada mana-mana ligament ini boleh membuatkan lutut kita terasa longgar sehinggakan kita rasakan seolah-olah kita tak 'yakin' dengan lutut itu. 

Akhir sekali, rawan dihujung-hujung tulang lutut itu boleh juga cedera akibat sukan. Dalam hal sebegini, rawan yang cedera itu rupanya seolah-olah 'tercedok' keluar. Rawan yang tercedok itu pula akan terapung-apung didalam lutut dan ada kalanya boleh terperangkap diantara tulang-tulang lutut.

Bagi dua perkara pertama diatas, rawatan selalunya melibatkan pembedahan disebabkan ciri fizikal meniscus dan ligamen yang tidak menggalakkan penyembuhan spontan. Bagi kecederaan ketiga pula, sekiranya tak berapa teruk, sesetengah pakar mengesyorkan ubat glucosamine yang berfungsi untuk meransang penumbuhan semula rawan yang cedera. Bagi saya, selain daripada glucosamine terdapat satu lagi unsur yang saya syorkan iaitu chondroitin. Ini kerana kedua-dua bahan ini merupakan unsur utama rawan dan mereka bertindak saling tolong-menolong. Banyak jenama sekarang ni terdapat dipasaran. Tapi bagi saya, saya syorkan jenama yang mempunyai kedua-dua unsur glucosamine dan chondroitin.

Satu lagi rawatan yang penting adalah fisioterapi. Ia berfungsi untuk menguatkan otot sekeliling lutut disamping mengurang radang didalam lutut dan membantu memulihkan pergerakan. Ianya sangat penting sehinggakan sekiranya seorang pesakit itu tak setia dengan rawatan fisionya, saya rasa cuak nak bedah dia. Ianya sesuatu yang memerlukan komitmen yang cukup tinggi. Sekiranya anda seseorang yang mempunyai kecederaan diatas, jangan abaikan rawatan fisio anda..

SEKIAN UTK KALI NI...





Wednesday, July 13, 2011

kereta idamanku = Honda Civic Type R


dpat keta ni mmg jd mat drifter la aku ni... serba sket spec keta ni utk di kgsi... lai lai~

Specifications Civic Type R
from RM199,800
Engine  
Engine Type 4 Cylinder 16 Valve DOHC i-VTEC
Fuel Supply System PGM-FI (Programmed Fuel Injection)
Bore & Stroke (mm) 86.0 x 86.0
Displacement (cc) 1,998
Compression Ratio 11.7:1
Maximum Horsepower [PS(kW)@rpm] 225 (165)/8,000
Maximum Torque [Nm(kg-m)@rpm] 215 (21.9)/6,100
Drive-by-Wire (DBW) 
Transmission Top ↑
Transmission Type 6-Speed Close Ratio Manual with Limited Slip Differential
Drive Wheels Front
Steering Top ↑
Gear Type Rack & Pinion with Power-Assisted (Hydraulic Power Steering)
Turning Radius (m) 5.9
Braking Top ↑
Front Brembo 4-Piston Aluminium Caliper with 320mm Ventilated Disc
Rear 282mm Solid Disc
Suspension Top ↑
Front MacPherson Strut
Rear Reactive Link Double Wishbone
Dimensions Top ↑
Length (mm) 4,540
Width (mm) 1,770
Height (mm) 1,430
Wheelbase (mm) 2,700
Treads (Front) (mm) 1,505
Treads (Rear) (mm) 1,515
Ground Clearance (mm) 135
Curb Weight (kg) 1,270
Tyre Size 225 / 40 R18
Fuel Tank Capacity (Litre) 50