Saturday, December 4, 2010

Cara2 wt sunat taubat...

SOLAT SUNAT TAUBAT..

Bismilllahirrahmannirrahim...

Sedikit perkongsian berkaitan taubat yg terkandung di dalam ayat al-Quran:
“Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, lantas mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampon atas dosa-dosa mereka itu”( Al-Imran:135)

Cara melaksanaknnya:
1. Solat Sunat dua rakaat dan niatnya seperti:
ushalli sunnatat taubati rak’ataini lillahi ta’aala.
“sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah taala”

2. Pilihan surah atau ayat yg bersesuian dibaca selepas Fathihah:
• Rakaat pertama: ayat Al-Kursi (11 kali)
• Rakaat kedua : surah Al-Ikhlas (11 kali)

3. Didalam sujud yg terakhir, selepas membaca tasbih biasa sewaktu sujud , bacalah tasbih ini sebanyak 40 kali. Tasbih ini dinamakan tasbih taubat.
Laailaaaha illaa anta subhaa naka innii kuntu minazzhoolimin.
“Tiada tuhan melainkan Engkau,Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim.”

4. Sesudah salam, banyakkanlah istighfar dengan memohon keampunan kepada Allah SWT “Astaghfirullah hal ‘adzhiim” dan sebaik-baiknya ucapkanlah berulang kali ayat dibawah:
“ Astagfirullah hal’adzhiim. Allazi laa ilaaha illaa huwalhayyul qayyuumu wa-atuubu ilaihi taubata ‘abdizzoolimiin laa yamliku linafsihi dharrau walaa naf’au walaa mauta walaa mautau walaa hayaatau walaa nusyuuraa.”
“Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung , yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup dan terus menerus ada; dan aku bertaubat kepadanya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup mahu pun ketika dibvangkitkan nanti”


Apabila perbuatan ini dilakukan dengan sungguh-sungguh dan penuh kesedaran, InsyaAllah segala dosa dan kesalahan yang terlanjur dilakukan itu akan diampuni Allah SWT.

Sembahyang sunat Taubat ini boleh dilakukan beberapa rakaat yang dikehendaki, asalkan ianya dilakukan setiap dua rakaat, sekali salam

No comments:

Post a Comment