Sunday, December 5, 2010

Solat Sunat Istikarah

SEMBAHYANG SUNAT ISTIKARAH

Bismillahirrahmannirrahim..

Solat sunat ini boleh dilakukan secara berasingan atau dikerjakan pada waktu mengerjakan sembahyang sunat Rawatib(sunat sebelum dan selepas solat fardu) atau Tahiyatul Masjid. Solat ini boleh dilakukan pada waktu siang, mahupun pada waktu malam. Tetapi sebahagian ulama mengatakan bahawa ia lebih baik dikerjakan pada waktu malam, ketika suasana sepi dan hening, sebelum melakukan solat sunat witir.

Jawapan daripada Allah sama ada perkara itu elok dibuat atau tidak akan didatangkan dengan rasa hati, iaitu hati merasakan keinginan yang kuat untuk melakukan atau tidak akan sesuatu perkara itu, atau dengan mimpi atau dengan dipermudahkan jalannya bagi sesuatu perkara itu berlaku atau sebaliknya. Tetapi syaratnya, sebelum melakukan sembahyang sunat istikarah ini, janganlah hendaknya kita menyimpan kecenderungan kita sendiri mengikut pertimbangan akal fikiran, tetapi hendaklah mengosongkan akal hati dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada Allah SWT.

Terdapat dua cara untuk melakukan sembahyang sunat Istikharah ini:
a) Dua rakaat, satu malam
b) Dua belas rakaat, enam salam

Cara melaksanakannya:

1. Apabila hendak memulakan sembahyang,hendaklah diluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah SWT. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan itu elok dibuat atau tidak.

2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta mengadap kiblat, memulakan sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan lafaz dan niat:
Ushalli sunnatal istikhaarati rak’ataini lillahi ta’aala.
Erti: “sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala”

3. Lakukanlah dua rakaat sunat Istikarah tersebut. Bacaan surah Fatihah ialah:
• Rakaat pertama: Surah Al-Kaafiruun.
• Rakaat kedua: surah Al-Ikhlas.

4. Dalam sujud yang terakhir (iaitu sujud kedua pada rakaat yang kedua) bacalah tasbih berikut:
Subhaaa naka laa’ilmalanaa illaa maa ‘allamtanaa innaka antal’aliimul hakiim.
Ertinya: “Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”

5. Apabila sudah selesai melakukan sembahyang ini, maka
bacalah doanya. Doa yang ditunjukkan di sini ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir ibn Abdullah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan mereka sembahyang istikarah sebagaimana baginda mengajarkan surah al-Quran, baginda bersabda dengan mengucapkan:
Allahumma innii astakhiiruka bi’ilmika wastaqdiruka biqudratika wa-as-aluka min fadhlikal ‘adziimi fainnaka taqdiru walaa aqdiru wata’lamu walaa a’lamu wa-anta ‘allaamul ghuyuub. Allahumma inkunta ta’lamu hazal amru khairullii fii diinii wama’aasyii wa’aaqibati amrii. (‘Aajili amri wa-aajilih) faqdarhu lii wayassirhu lii thumma baa rik lii fiihi wa-in kunta ta’lamu hazal amru syarrulii fii diini wama’aasyii wa’aaqibati amrii (‘aajili amrii wa-aajilih ) fashrifhu ‘annii ‘anhu waqdurlil khairu haithu kaana thumma ardhinii bih.
Ertinya: “ Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau terhadap pilihan yang baik menurut ilmu Engkau, dan aku memohonkan penetapan dengan kekuasaan-Mu serta memonhon anugerah Engkau yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah Yang Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa pekara ini (sebutkan urusan kita disini) baik bagiku, didalam agamaku, didalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akibat urusanku(atau sebagaimana sabdanya: “pada waktu dekat atau masa yang akan datang”), maka takdirkanlah kepadku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusanku ini. Dan sekirannya Engkau mengetahui bahawa urusan ku ini (sebutkan urusan kita disini) tidak baik bagiku, didalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akhir urusanku (atau sebagaimana sabdanya: “pada waktu dekat atau masa yang akan datang”),maka hibdarilah pekara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu”

6. Adapun doa untuk sembahyang istikarah memilih jodoh ialah seperti:
Allahumma innaka taqdiru walaa aqdiru wata’lamu walaa a’lamu innaka antal ‘aliimul ghuyuub. Fainna ra-aita lii fii fulaanah (sebutkan namanya disini) khairal lii fii diini wadun-yaaya wa-aakhiratii faqdhi llii biha. Wain kaa ghairuhaa khairal lii fii diinii wadunyaaya wa-aakhiratii faqdhi lii bihaa. Wain kaa ghairuhaa khairal lii fii diinii wadun-yaa wa-akhiatii faqdhi lii bihaa.
Ertinya: “ya Allah! Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yng ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan/fulanah( sebutkan namanya disini) baik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berikanlah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik untukku, untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berikanlah yang lain itu untukku.”

Note: seelok-eloknya kita baca doa yang kita faham iaitu doa dalam bahasa melayu.


7. Ramai yang melakukan solat ini selama tiga hari berturut-turut atau lebih baik sehingga ujuh malam disamping meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada Allah, maka laksanakanlah dengan yakin perkara yang dirasakan kuat di dalam hati.

Hikmah solat sunat istikarah:
• Kembali kepada Allah.
• Menghilangkan keresahan atau kebinggungan dalam menentukan pilihan yang tepat. Dengan mengosongkan fikiran dan hati serta menyerahkan segala urusan kepada Allah, kita akan diberi pilihan yang terbaik untuk diri dan agama.
• Kita tidak akan menyalahkan diri sendiri sekirannya sesuatu yang tidak baik dari pilihan kita itu. Kita yakin bahawa itulah kehendak Allah yang mempunyai pelbagai hikmah, kalu tidak di dunia, di akhirat nanti.
• Menandakan keihlasan seorang hamba terhadap Tuhannya. Dengan melakukan sembahyang ini dia meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan segala urusannya kepada Allah SWT.

Sumber dari: Panduan lengkap sembahyang sunat ,Mohd Yusoff Haji Ismail. Terbitan Jahabersa

Allah Hu a'lam...

No comments:

Post a Comment